Tuesday, July 20, 2010

Notification... Must Read!!!

Here my fella. I wanna give some announcement...err.. not so so la... Notification... teehee... Doesn't so really actually. In term of sharing is caring... wakaka...I wanna share with U some story... It can be a tauladan for those yang nak 'pasang' ramai ok. Actually, I'm not the one yang sokong monogami. I accept the concept of polygamy...But!!!!! Please read below first before U claim anything on me ok....


Keluhan seorang suami..




Duhai isteriku….
Abang ingin kahwin lagi..
bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..
dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..
dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda..
memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..
dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..
dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang nie perasan saje..
bila bekerja berbincang bersama..
ntah kepala nie dah melayang ke mana..
mungkin dia tak rasa apa-apa..
bukan sayang sudah abang jemu..
Sayang masih lagi cantik seperti dulu2..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..
abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku…
maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..

sebelum terlanjur godaan nafsu..
kan lebih baik dihalalkan dulu..
bang berjanji seadil yang mampu..


Luahan Hati Sang Isteri...

Sayang rela dimadu bang…..
Jawapan Isteri untuk Syair Keluhan Seorang Suami

Aduhai abang ………
makin ku sayang
makin kuat kau melayan
abang ingin menikah lagi…
menikah lah bang, sayang tak kecik ati
bagus juga kalau begitu
tak pening kepala, asyik layan abang selalu
Lagipun bang, Sayang tak kuasa nak cemburu
Pergilah abang sayang, Sayang rela di madu
Abang nak menikah, itu abang punya suka
Sayang tahu abang mampu menikah 2, 3
Malah 4 sekalipun abang berkuasa
Sayang pikir balik apa yang abang kata

Yelah… takut nanti syaitan datang menggoda
Nafsu pula tak tertahan adanya
Tambahan sidia yang abang gila
Boleh tahan keSEKSIannya…

Tapi abang jangan sesekali lupa
Sayang juga masih POWER…
Meskipun Sayang dah beranak Lima
BODY Sayang masih bergetah juga
Abang sendiri mengaku, layanan Sayang kelassss no 1,
itu sumer gara-gara penangan jamu

Abang pandai cari alasan
Bila di opis jemu & bosan
Tak de Sayang disisi untuk melayan
Dulu waktu Sayang kerja, abang tak beri
Konon-konon tak suka org lain nengok Sayang seksi
Alasannya abang asyik sakit ati
Meskipun waktu itu, Sayang abang punya SECRETARY

Bang, bila rancangan abang nak menikah lagi?
Jangan lupa ingatkan Sayang tarikhnya nanti!
Untuk pengetahuan abang sayang,
Sebelum abang berbini baru
Sayang dah siapkan list untuk abg GO THROUGH
Ini bukannya apa, hanya persiapan kecil untuk Sayang & anak-anak yang
mana perlu

Bang, jangan lupa nafkah anak-anak sorang seribu
Alah, untuk anak-anak kan abang mampu
Pastu kereta Sayang, rasanya perlu di tukar baru
At least Merce 3 series, baru kelas gitu
Rumah juga Sayang rasa perlu pindah
Sayang nak tinggal di Rumah Banglo yang punya 8 bilik dan taman yang
indah

Dan abang sayang, Elaun untuk Sayang juga perlu,
Sayang rasa RM 5 ribu, lagipun abang mampu
Bukannya apa, duit tu perlu untuk set rambut,
mandi lulur, facial dan penjagaan BODY,
Nanti bolehlah Sayang saing dengan bini muda abang sekali

Bang, oh abang sayang
kemana sudah fikiran abang melayang
Ini hanya sebahagian permintaan Sayang
Abang pulak jangan cepat melatah
Lagipun abang juga nanti yang dapat nama
Orang kata, sayang bini juga rupanya dia
Lebih-lebih lagi si - bini TUA
Bak kata pepatah : SUSAH SENANG KITA BERSAMA

Bang, Sayang lupa kat mana butang baju Melayu di simpan
Takpelah, nanti butang yang bertakhta intan Sayang carikan
Barulah cantik dipakai berkilau-kilauan
Berlip-lap-lip-lap di hari pernikahan

Bang, Sayang nak beritahu sesuatu
Supaya abang ingat pada Sayang selalu
Sayang cinta dan sayang abang sampai akhir hayat
Sumpah bang, Sayang bukan nak ayat!

Percayalah pada Sayang bang, cinta Sayang cinta sejati
Abang pun pernah berjanji
Abang kata nak bahagiakan Sayang sampai mati
Jadi Sayang fikir lagi, sumer tuntutan Sayang dari abang REASONABLE
Dan Sayang meminta secara HUMBLE So, bang…. jangan lupa yea
Tunaikan dulu segala-galanya
Sebelum hajat abang berbini baru terlaksana…

I Luv U Abang,
Sayang...

Teehee... Isn't so funny and seem so 'fair' for woman sake??? teehee... So, remember that ok... I like this en3...

Monday, July 19, 2010

PETIKAN : ’Nota Hati Seorang Lelaki’ ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang berjaya. Beginilah kisahnya... Saya tukang copy and paste je dengan nawaitu untuk tauladan semua.


Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

” Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

”Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik saya kepada emak.

Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

”Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung.

Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu.

Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

”Nanti, besarlah kereta kamu ini....” ujur ayah senyum

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah...” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian.

Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ’perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.

Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja.

Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Thursday, July 15, 2010

Kau Tetap Jelita.. Thanks.. v(*_*)/

Kau tetap jelita
Jelita yang terlahir di dalam setiap wanita
Anggun luar dan dalam

Kau sungguh jelita
Jelita yang terlahir di dalam setiap wanita
Anggun luar dan dalam

Kau sungguh jelita
Walaupun tanpa emas berlian permata

Kau tetap jelita
Tersendiri kecantikanmu abadi

Memiliki sinar mata mentari
Lentik bulu mata dan renungan yang menggoda
Cahaya senyumanmu dan tawanku
Kau jelita

Atur langkahmu kelembutanmu
Merdu bisikmu bak irama dan lagu
Keayuanmu teralun di dalam kasihmu
Usah diragu kejelitaanmu di hatimu
Kau tercipta untuk jejaka
Kau menarik dan begitu sempurna
Tiada lain yang ku pinta adinda
Selain senyumanmu dan tawanku kau jelita
Atur langkahmu kelembutan mu
Merdu bisikmu bak irama dan lagu
Keayuanmu teralun di dalam kasihmu
Usah diragu kejelitaanmu di hatiku

Kejelitaan yang dilahirkan bukan penampilan
Kejelitaan lahir di dalam dan tak akan hilang
(Damian Mikail, 2009)


I love this song. Seem like this song was dedicated for me.. Teehee.. ceh! ayat perasan x menyudah namanya tu. But never mine. As long I'm feelin Jelita, x kesah la betoi ke x dari pandangan awam kan.. teehee.. for me, what's on your mind can be read from your appearance. That's called inner beuty. Eh betoi x fakta ni.. ke auta je ni... Do correct me if I'm wrong k... :)

With Love and warmly hug yeah!!! teehee...

Tuesday, July 13, 2010

Local??? Abroad???

Alhamdulillah.. for everything that happended in my life and till this position. Compared to others, lucky for me to have a permenant job with good healthy. But I don't know why. I'm feelin lost in my career and life. Seem like missing of something or else what can I say is I'm not satisfied yet for this level. I need more... More knowledge, more exposure, more experience, more debate to exchange ideas and more career enhancement. This is not like me at all. Facing with annoying people, makes me suffer every minutes.. every seconds.. Am not qualified yet to fit with environmental field???

Probrably right!!! So, like people said, " Orang tidak dipandang dengan hartanya, tetapi dengan Ilmunya". Well, maybe I have to improve + enhance my knowledge on what I'm dream off before. Well Azreen, U have to set your Goal. Even I know, Demam Bola is over now but not for my 'Goal"

Ok now set your Goal Azreen.

Goal: Master in Air Quality @ Environmental Management @ Environmental Technology

University: a) Local : USM @ UTM @ UITM Shah Alam
                b) Abroad : Cardiff, Exeter, Some U in UK.

Target Year: 2011.. ok la... 2012 pon bleh gak. But that's the limit ok.


So fella. Need your help in gathering the information about my goal. I need emails, website and many more that can help me to make my dream come true. Please my dear.. especially in finacial part. Keenly looking for your advice in comments... Thanks again fellaz.. Love all of U.. Mmmmuaahh!!!

Saturday, July 10, 2010

From Worst to Good

Sometime, kita x perasan ape yang terjadi kat hidup kita ni mmg dh tertulis utk kita. Lumrah la klo ade mende2 yg buruk berlaku tu, kita nak blame sana sini. Itu x baik, Ini x elok. Perkataan 'kenapa' tu selalu bermain kat bibir, Seem like kita blaming yg ESA lak atas sesuatu incident tu berlaku. Tapi U guzs perasan x yg there's a silver line behind the shadow or maybe I can say that Allah gave us rain before we get the colourfull n beautifull rainbow...

Azreen dapat rasakan hal ni dah lama dah. Just wanna share la kan.. Incident yang baru2 ni berlaku yg makes me reallize all these thing are arraged by HIM... Kisah nyer macam ni...

Pada suatu hari, tersebutlah al-kisah, seorang puteri... tettttt.. Silap tune la la plak.. Ok back to our story..
Last week, Azreen tersilap order.. nak antar order bulan ni, tersend yg bulan lepas la plak.. beza amount tu almost 6K jugakla.. mati aku!!!! time tu Azreen ckap. Kelam kelibut Azreen p terangkan kat CEO the real situation and discussed how  to solve the prob. Then kite puschase gak la mende tu.. Tapi tanpa Azreen sedari, bulan ni punyer recruitement punya la ramai. Dierg x inform kat Azreen. slap dierg la sbb x inform kat Azreen. Mujor la.. (that's the keyword ok) Azreen purchase byk. Klo x, alayai..gamat dierg cabut lari la sbb x dpt nak sediakan mende2 asas pekerjaan kat new recruiter tu.. kesian la plak..

So, kesimpulan yang dapat di buat daripada cerita di atas adalah....... Isikan jawapan anda di tempat kosong yang kami sediakan di bawah (Comment)..

Sekian, terima kasih mama kerana baju saya wangi.. wakakakakaa... no la.. just teringat iklan pelembut pakaian je.. sapa la bebudak cumel tu ek.. sush betoi nak paham pronounce dierg tu. Klo xde subtitle kat bawah tu, gamat Azreen baling dgn botol la tv Azreen tu... teehee...